sponser

Friday, April 19, 2013

Buat duit dengan Nuffnang

Salam ni bukan enti aku cuba copy paste satu bloger ni ,bunyiknya sedap nk dengar"

Credit pd blog ni  jaachik blog

 Cari duit dgn nuffang ?ko ade acc nuffnang ??ngehngeh 5 taun aku membloging kn diri Earning aku baru rm 2.95 hihihi..now aku series nk duit dry nuffnag,aku  mesti bleh

       Jumlah Trafik : Penentu Untuk Dapat CPUV Nuffnang??



Sejak dua menjak ni blog jaa makin maintain ke 400-500 UV setiap hari. adakah itu menyumbang kepada peluang jaa mendapat CPUV dari Nuffnang pada hari ni yer? jaa pun tak tahu gak kenapa. mungkin dah rezeki jaa kot!
dulu jaa penah hantar tiket ke Nuffnang tentang ciri-ciri blog untuk mendapatkan CPUV dari Nuffnang, dan Nuffnang ada membalas pertanyaan jaa tu. korang boleh refer entry ini untuk mengetahui jawapannya : Ciri-ciri blog untuk dapat CPUV Nuffnang.
buat duit dengan blog, Ciri-ciri blog untuk dapat iklan CPUV Nuffnang, earning nuffnang, nuffnang
inilah jumlah trafik di blog jaa sejak dua menjak ni. alhamdulillah semakin baik berbanding sebelum ini. dimana pada penghujung tahun lepas blog jaa hanya mendapat sekitar 100-200 UV sahaja sehari. boleh baca entry lama jaa di sini ----> trafik bulan november 2012.
pada yang belum dapat iklan CPUV tu jangan putus asa tau, cuba maintainkan trafik dan cuba hantar tiket pertanyaan banyak-banyak ke Nuffnang. pastu kena rajin update Survey dan Bio jugak.... jangan mudah give-up yer. jaa lepas 1 tahun 2 bulan register ngan Nuffnang baru dapat merasa CPUV ni tau.
Now jaa dalam usaha untuk send email ke Exabytes pula untuk mencuba nasib mendapatkan iklan banner di blog jaa ini. hope peluang jaa untuk dapat banner Exabytes lebih cerah nanti. amin!
p/s : tak sabar nak cash out nuffnang!!

 

Ciri-ciri blog untuk dapat iklan CPUV Nuffnang



salam dears! hari ni jaa nak cakap pasal Nuffnang. hampir setahun jaa serius blogging belum penah sekali pun dapat iklan CPUV dari Nuffnang. adeh..sedih betul..sob..sob.. tapi jaa tak kira, gigih gak duk berusaha. banyak kali gak jaa cuba google cara untuk nak dapatkan CPUV ni... dah cuba hantar bermacam tiket tapi masih belum ada rezeki agaknya... :)
jaa ada hantar tiket lagi ke Nuffnang mengenai 'Ciri-ciri blog yang diperlukan oleh advertiser untuk diberikan CPUV Nuffnang' dan dengan cepatnya Nuffnang balas pertanyaan jaa tuh, pada yang nak tahu juga tipsnya jom baca email yang dihantar Nuffnang kat jaa ni yer. sama-sama kita berkongsi tips :



Hi Norhariza,

Terima kasih kerana menulis kepada kami!

Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers.
Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Keberkesanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging! :)

Cheers,
Laura Lee
Community Executive

Nuffnang Sdn Bhd


ambik kau, sekali panjang lebar Nuffnang bagi penjelasan tentang cara nak dapatkan iklan CPUV ni... hihihi... bagi jaa rasanya jaa dah buat apa yang nuffnang bagitahu tu (tempat letak iklan yang betul, update survey), maybe cara penulisan dan entry blog jaa yang carca merba ni tak layak untuk CPUV kot... hahaha.. entry merapu katakan... takper laa kena cuba usaha lagi laaa... heee!

Read more: http://www.jaakechik.com/2013/02/ciri-ciri-blog-untuk-dapat-iklan-cpuv.html#ixzz2Qujq8WtA

1 comment:

  1. salam cik niza....

    firstly, tengkiu sharing my entry!

    secondly, semoga entry ni membantu menaikkan semngat blogger yg nk buat duit dgn nuffnang..

    btw salam perkenalan dari jaa. done follow u!!

    ReplyDelete

sponser